Yuran syer

July 1, 2009

Sepertimana yang telah diputuskan oleh mesyuarat Agung Permulaan KOPRESS, setiap ahli (yang mendaftar semasa Mesyuarat Agung Permulaan) perlu menyempurnakan pembayaran yuran syer koperasi sebanyak RM500 selewat-lewatnya dalam tempoh 6 bulan. Ini untuk memastikan bahawa ahli tersebut mendapat status ahli aktif. Manakala ahli yang gagal melakukan demikian akan dianggap ahli tidak aktif dan tidak dibenarkan mencalon atau dicalon dalam sebarang jawatan koperasi.


Keahlian

July 1, 2009

Koperasi sedang dalam rangka membuat siri lawatan ke kawasan-kawasan sasaran bagi mendapatkan keahlian aktif. Ini akan berlaku dalam masa terdekat selepas beberapa keputusan dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah (ALP). Pihak pengurusan koperasi sedang menyiapkan persiapan-persiapan terakhir bagi tujuan lawatan tersebut antaranya borang keahlian dan plan perniagaan. Disamping itu pihak pentadbiran akan membuat beberapa panggilan ke YDP kawasan bagi menentukan tarikh lawatan yang sesuai.

Di sini ALP dan pihak pentadbiran KOPRESS memohon kerjasama daripada setiap ahli ISMA agar bersedia memperuntukkan waktu demi menjayakan visi dan misi KOPRESS insyaallah.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.